Monday, November 5

my right as mother

Assalammualaikum..

Ape korang rase kalau korang as a mother tp korang diketepikan oleh orang lain?

Ape korang rase kalau everything dihandle oleh someone else sdgkan berhak utk mengetahui dan mengambil tahu?

A'ah arini aku rs mcm tue dan nie bukan sebab aku meroyan or poyo or aku sorang je yg pk mcm tue. Oke aku cube tuk berfikiran positif dan aku cube tuk tidak mengambil perkara itu sesuatu yg berat tp usaha aku gagal sbb aku btl2 rs aku bkn sepertimana aku dan kedudukan aku.

Perempuan mane yang suke melihat kedudukan kite as ibu diketepikan.

Rafeeq Nazmi anak aku dan aku berhak tau ape yg orang lain nk buat pd die & aku berhak utk mengatakan aku suke @ tidak.

Ya Allah! i need my mom :'(

Wednesday, October 10

sudah lama terbuku

Blog umpama diari kehidupan.
Dilaman inilah seseorang menceritakan atau meluahkan kegembiraan, pengalaman dan keperitan mengharungi kehidupan.
Dan aku akui aku adalah salah seorang daripada itu kerana kadang-kadang dengan penulisan aku dapat redakan jiwa aku, aku dapat luahkan segala masalah, aku kongsikan kegembiraan hidup.

Kehidupan memang tidak lari dari pelbagai ujian dan iye aku mengakui bahawa semakin byk ujian semakin membuat aku lebih matang dan mengenal erti kehidupan dan aku ambil ujian itu sebagai rencah kehidupan.

Usia telah menjangkau angka 26 dan ia bukan satu angka untuk aku sekadar bergembira atau berfoya-foya. Aku telah punya suami dan anak untuk aku jaga. Untuk aku beri perhatian sepenuhnya demi kebahagiaan aku. Keluarga aku. Kerana mereka adalah tunjang utama untuk aku terus tersenyum walaupun kadang kala aku sedang menahan rs pedih hati atau keperitan dalam banyak cubaan serta dalam aku mencari kebenaran.

Teman gembira senang dicari tetapi teman saat duka, saat jatuh nye aku hanya Tuhan yg tahu. Tetapi aku masih bersyukur kerana aku masih ade lagi sebahagian sahabat yg ada tatkala aku memerlukan mereka. Dan aku tidak hipokrit untuk mengatakan aku rindu moment bersama-sama teman. ntah dimana silapnya aku dalam berkawan dan dimana kurangnya aku dalam pergaulan. Aku hanya seorang manusia biasa yang terlalu byk kekurangan/kelemahan dan aku tidak menolak pandangan atau kritikan yg diberi kerana aku telah berusia 26tahun satu usia yg cukup matang untuk aku menerima segalanya.

Aku memohon maaf kepada semua dan aku telahpun memaafkan diatas segala nya yang berlaku. Aku seorang manusia yang sangat-sangat serba kekurangan, kelemahan serta kejahilan.


~TAMAT~




Monday, September 24

juz waiting..

Oktober!!
Ape yg best on dis october. Ngee..
Ade 2 peristiwa yg sgt penting berlaku on dis month..
Ape die tgu la nnti da masuk oktober baru cite.
Nak cite skang tak best sbb belum oktober even gaji bulan nie belum masuk. Haha
Tungguuuu....


Thursday, August 30

Lazies Ladies

Hye readers! (^_^)v
Da lame tak update blog. Lame sangat. Sangat lame. ngee (simptom org boring dan xde idea)

Sebenar nak cite hal raya tp sangat tidak rajin la. Dan sangat xde mood. So so and so bace org nye post je la. Senyum sorang-sorang. Feeling sorang-sorang. Sharing bahagia orang. Best la tu kan.

Skang mmg agak tak rajin. Idea lost! Rajin makaaaaaannnn jer skang. Open house sane sini. Kunyah kunyah dan terus kunyah sampai muntah. Tapi aku belum muntah. Rafeeq da. ngeh





Thursday, August 16

aidilfitri dengan...

Only juz 3 days more muslims will celebrate Aidilfitri tapi ermm ade tapi sebab aku masih tidak sihat.
Masih batuk dengan teruk. Batuk kering. 2 minggu berturut-turut. Siang malam. Malam tak dpt tdo sbb sentiasa batuk.
Badan da mule sakit2. Dada pun.
Air?? satu hari berliter-liter kot.
Ubat?? sampai habis.
Tapii masih batuk. Even my cough getting worse.

Aku baru balik dari klinik kesihatan. Amek ubat lagi. Antibiotik lagi. Tapi kali nie plus ngan vitamin C, da mcm bdn nie terlalu tua rasenya. 26 tahun. Mungkin gak kot.
Check paru-paru, tekak dan tekanan darah. Syukur masih lg normal.
Doktor ckp persekitaran dan cuaca sekarang mungkin punca batuk aku tak hilang-hilang. Plus antibodi aku mungkin lemah.

Agak-agak bile nak sembuh sepenuhnya ye.
Agak-agak dapat tak menikmati rase heaven nye hari raya tanpa batuk yg teruk.
Agak-agak mlm nie dpt tak tdo yg lena tanpa gangguan tekak yg sakit, gatal dan sering rs nk muntah selepas batuk.

Kesakitan itu penghapus dosa-dosa jadi aku perlu redha dan bertahan.
Iye, aku mesti kuat semangat dan melawan kesakitan. InsyaAllah.

nie la ubat aku kene telan

kalau dlm 2 minggu tak sihat gak aku kene g klinik balik tuk x-tray.
Ya Allah! Jauhkan la dari penyakit yg lebih serius.

~Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin~









Monday, July 23

Menu Berbuka Puase??

Hye all mothers,

Kepada para-para isteri/ibu sewajibnya pening pasal menu berbuka tiap-tiap hari kan.
Hari-hari fikir ade lauk ape dlm peti ais. Nak masak ape. Berapa banyak lauk. Pencuci mulut plak. Belum lagi kalau en.suami request nak makan bla bla bla plus anak yang da besar-besar siap mengomel nak makan itu ini. Memang pening termasuk la aku tapi anak aku belum besar. Hihi.

Dan aku bukanlah seorang masterchef jadi aku selalu buka baca blog-blog masterchef lain. Dengan lebih tepat aku silent reader blog mereka dan mencube resepi-resepi mereka.

Antara blog-blog mereka adalah :-

  
Serius terliur kalau korang semua tengok resepi-resepi dorang. Superb!

Selamat Mencuba ;)


Fasting & Breastfeeding

Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah hari nie hari ke-3 seluruh umat islam berpuasa. 

Sebenarnya dalam kesyukuran terselit sedikit kerisauan sebab aku salah seorang ibu yang fully breastfeeding anak dan bekalan susu untuk anak aku yang baru nak masuk 9 bulan semakin kurang. Dengan lebih tepat aku takde stok. Susu arini untuk esok dan begitulah seterusnya. Yes wajib struggle!! Huhh. 

Risau.
Sedikit Stres.
Berusaha.
Kesian.
Positif. (kadang-kadang)

Itulah yang aku rase setakat nie. Untuk tips maintainkan stok macam-macam blog orang aku bace dan kaji but at last aku bace website Pa&Ma untuk aku amalkan dan mungkin boleh aku kongsikan ngan korang yg risau macam aku jugak coz sharing is caring rite. hehe.

Selamat Membaca ;)

*hanya ibu-ibu yang mengerti perasaan aku ini. chewaah

Thursday, July 19

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi

Assalammualaikum ;)

Cepatnye mase berlalu kan. Rase macam baru masuk tahun 2012 tp skang dah bulan 7, bulan ramadhan pastu raya pastu selang berapa bulan je dah masuk tahun 2013 plak. Umur pun makin meningkat-ningkat. Makin tua. Tapi apepun kehidupan harus ditempuhi dengan penuh rase positif. Eh tetibe je kann. hihi

Jadi dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang penulisan blog nie ade terkasar bahasa atau terlanjur kata dan semua yang ter ter. Semoga ramadhan kali nie, kite sebagai khalifah Allah diberi kesempatan untuk menikmati bulan keberkatan ini dengan lebih kusyuk dan tawaduq. Amin!

Dan saya ade lampirkan jadual waktu imsak dan berbuka untuk rujukan kite semua.

Selamat Bersahur dan Selamat Berbuka

~~ salam ramadhan ~~
PEACE =)

Wednesday, July 18

Wordless Wednesday - Son



"a son is happy memories of the past, the joyful moments of the present, and the hope and promise of the future"






Friday, July 13

Colour Blind!!

Hye Peeps! :)

Act, aku sekarang sangat suka bershoping online dan mcm2 website, blog saya kunjungi ecehh hehe.. Dalam dok sibuk tengok2 tu aku suke gak tgk blog2 orang esp. blog mereka yg aktif dan mereka juga cantik, kreatif dlm pemakaian (esp. gurls bertudung), dorang sgt pandai mix and match dgn ape2 je aksesori walaupun kdg2 aku rasa mcm 'eh ape pelik sgt nie' or 'dorang oke jerk ek pakai mcm nie'. Senang cite dorang nie haptodate tp bkn fesyen yg pelik meraban tu. Simple but gojes and u look sopan. Dan aku seorang yg colour blind. Tssskk.

So, aku pun tak kan la nk tgk je kan so aku pun terdetik tuk belajar cara tuk mix and match colour dan terjumpe website omputih nie.

Info nye details (bagi aku) dan boleh la jugak buat panduan. Takdela nnti aku men beli jer colour aku suka than terbiar. Sadis. Membazir. Berabuk. Hubby bising.

Bye ;)



Thursday, July 12

9 sebab hati tidak bahagia

Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 
 

Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.



Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Wednesday, July 4

WW: Patience


"If we are facing in the right direction, all we have to do is keep on walking"

Monday, July 2

Tips eratkan hubungan suami isteri

Di sini saya sediakan tips yang dapat membantu semua dalam mengeratkan hubungan dengan pasangan masing-masing. 

1. Komunikasi antara suami-isteri amatlah penting.
Segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah di bawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan, jangan disimpan terlampau lama. Jika tidak diluahkan pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.

2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan.
Pertengkaran antara suami-isteri adalah perkara biasa, adalah mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham antara suami-isteri. Sekiranya bertengkar salah seorang mesti lah beralah sama ada suami atau isteri, keluar rumah ke ambil angin, bagi tenangkan kembali ataupun redakan perasaan marah tu.

Bila kita berada dalam keadaan marah, apa yang dikata atau apa yang kita lakukan akan lebih dipengaruhi oleh emosi. Masa ni lah macam-macam perkataan yang “sedap” akan keluar yang mana akan menyinggung perasaan antara satu sama lain.

3. Tolong-menolong dalam melakukan kerja rumah.
Zaman sekarang ni ramai yang isteri keluar bekerja. Yang mana isteri-isteri sama-sama bekerja, jadi para suami kena lah membantu isteri. Janganlah dibiarkan isteri melakukan semua kerja rumah.
Letih oooo, cuba la bayangkan pagi2 isteri dah bangun siapkan sarapan, siapkan anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi kerja. Balik dari kerja pulak kena masak, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, uruskan anak-anak, hidang makan malam, basuh pinggan mangkuk, tengok buku sekolah anak-anak lagi, ajar anak mengaji lagi…bunyi macam kerja-kerja ringan tapi cuba la para suami melakukan semua kerja tersebut.
Kalau yang mana ada pembantu rumah, mungkin ringan sikit la beban para isteri. Jadi kepada para suami tu tolong menolong la…jangan sibuk dengan hal sendiri jer, balik rumah..baca suratkhabar, hisap rokok, borak-borak dengan kawan-kawan, pergi main badminton.
Fikir-fikir lah…bab cari duit sama-sama tapi bab nak urus rumahtangga serah bulat-bulat pada isteri, lepas tu komplen tak dapat layanan dari isteri, isteri selekeh la…macam-macam lah.

4. Rumah hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
Jangan lah dibiarkan pinggan mangkuk penuh disinki, sebelum keluar rumah pastikan semua sampah dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci, bilik dah kemas dan ruang tamu pun dah kemas.
Bukannya apa…bila balik dari kerja tu…sedap la sikit mata memandang. Ini kalau balik tengok rumah berselerak, automatik perasaan letih dan marah pun sampai. Lagi sekali suami isteri kena bekerjasama dalam memastikan rumah tu sentiasa kemas dan bersih.

5. Kurangkan bebelan.
Biasanya bab membebel ni biasanya berlaku pada para isteri. Jadi kepada para isteri di luar sana kurangkan lah membebel. Pasangan anda akan merasa bosan jika setiap hari anda membebel, malah saya sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel.

6. Jaga penampilan.
Bab ni bukan isteri sahaja yang kena jaga penampilan tetapi para suami pun kena la jaga penampilan. Si isteri jangan lah asyik pakai kain batik atau baju kelawar je kat rumah, at least pakai la seluar panjang dengan tshirt di rumah, mesti kemas, jangan kat opis je nak makeup, kat rumah pun kena la makeup sikit, rambut pun kena kemas, jangan dibiar mengerbang macam hantu. Body pun kena jaga la sikit, kalau suami tak kisah tak apa la…tapi ada suami yang kisah so pandai-pandailah.
Suami pun sama, jangan lah pakai kain pelikat je di rumah dan berbogel tayang perut (tak pakai baju la tu). Perut tu kena la jaga, jangan sampai masa isteri mengandung, suami pun sama mengandung. Masa nak keluar rumah pun sama, biar smart..bila sama-sama kemas dan cantik dan smart, baru la sedap mata memandang.

7. Jangan biarkan pembantu rumah buat semua kerja rumah.

Ini lah silapnya sesetengah dari masyarakat kita, bila ada pembantu rumah, segala-galanya suruh pembantu rumah yang buat, sampai basuh kereta pun suruh pembantu rumah. Elakkan pembantu rumah dari melakukan perkara-perkara di bawah:

• Memasak.
Bab ini seboleh-bolehnya biar isteri/suami yang buat, kita cuma boleh suruh dia sediakan bahan-bahan sahaja seperti potong sayur,siang ikan, ayam dan potong bawang. Air tangan memasak ini lain, jangan sampai suami/anak-anak teringat-ingat masakan pembantu rumah.

• Bilik tidur.
Bilik tidur kita ada tempat peribadi, jangan dibiarkan pembantu rumah sewenang-wenang keluar masuk dalam bilik tidur kita. Biar kita sendiri yang mengemas bilik tidur, takkan la tak mampu nak kemas bilik tidur sendiri.

• Pakaian dalam biar kita sendiri yang uruskan.
Dari bab membasuh sampailah melipat, seelok-eloknya disorok dari penglihatan orang, nanti orang boleh tau size buntut anda..huhuhuhu. Pakaian kecik-kecik ni sidai dalam bilik air kita sendiri pun tak apa.

• Jangan biarkan pembantu rumah uruskan semua hal anak-anak.
Seelok-eloknya bila balik rumah tu, perhatian untuk anak-anak tu kita lebihkan, terutama bab suap makanan (untuk anak-anak yang kecik la), orang tua-tua kata, bila kita suapkan anak makan, anak akan ingat dengan kita, beri lebih tumpuan kepada mereka, tidurkan mereka. Jangan biarkan pembantu rumah laku kan semua kerja tersebut, nanti anak-anak ingat dekat pembantu rumah lebih dari mak sendiri.

8. Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan hari ulangtahun pertemuan/hari pertama keluar dating.
Suami isteri mestilah ingat tarikh-tarikh penting ini, set lah reminder di handphone ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang kita ingat tarikh tersebut. Jangan senyap sunyi jer…lupa terus, mesti pasangan anda akan merasa amat sedih. Masa belum kahwin ingat semua, bila dah kahwin semua lupa.

9. Solat berjemaah.
Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu solat pasangan bersolat jemaah bersama-sama. Solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebab kalau solat zuhur dan asar tu masa kita bekerja. Solat bersama-sama dengan pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami-isteri dan juga keluarga.

10. Makan bersama.
Ada pasangan yang mana suami atau isteri terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tak ada masa nak makan bersama. Balik pun dah malam dan dah makan kat luar. Seboleh-bolehnya cuba la untuk makan bersama, tak kira la masa lunch ker atau masa makan malam ker. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok di amalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

11. Puji-pujian.
Kadang-kadang tu puji la pasangan masing-masing. Masakan sedap ker, hensem ker, lawa ker…tak rugi pun kita memuji orang ni. Cuma keluarkan sedikit ayat-ayat pujian tu…kesan tu yang penting. Kita manusia ni…memang la suka bila di puji..mustahil la kalau kita tak suka kan.

12. Kejutan.
Kadang-kadang tu buat la kejutan untuk pasangan masing-masing. Kalau ada duit tu bawak lah pasangan pergi candle light dinner ker, pergi beli cincin ker, hadiah kan baju Chelsea ke (hehehe..utk pasangan yg minat chelsea ler), kasi bunga ke…dan macam2 la.

13. Bawak la pasangan berjalan-jalan / melancong.
Jangan lah dibiarkan pasangan tu duduk memerap kat rumah jer. Bawak lah jalan-jalan pergi downtown ke hehehe, mandi laut ker, mandi air terjun ker…so tak ada la bosan sangat. Aktiviti ini tak semestinya memerlukan belanja yang besar.
Kalau yang berduit tu boleh la bawak pergi melancong, yang bajet kurang tu..bawak pergi mandi laut pun dah ok ataupun hujung minggu bawak pergi berjogging / buat aktiviti2 luar rumah, berkelah kat taman ker. Anak-anak pun suka.

14. Jangan terlampau cemburu.  
Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Kadang-kadang tu dengar jugak ada isteri telefon office suami tanya suami pergi mana semua. Suami pulak melarang isteri berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bercakap pun sampai tak boleh.
Isteri dan suami kena jaga maruah pasangan masing-masing. Trust each other amat penting dalam hubungan suami isteri, akan tetapi jangan la ambil kesempatan. Kadang-kadang suami atau isteri perlukan kawan, so tak salah untuk berkawan cuma kena tau batasan masing-masing. Sekiranya syak sesuatu, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.

15. Terima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing.
Tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna, pasti terdapat kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi belajar lah untuk menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sekiranya kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tingkat kan usaha tersebut untuk menutup kelemahan itu. Misalnya kalau tak pandai memasak, belajar lah memasak.


16. Tingkatkan hubungan mesra / kasih sayang.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang. Kita kena sentiasa cuba untuk menyegarkan perasaan kasih sayang, jangan perasaan tu makin lama makin menguncup, bila dah menguncup, masa tu la duk fikir nak cari yang lain.
Cuba la cara-cara seperti di bawah ini, pada sesetengah orang mungkin benda ni remeh, tapi ianya amat berkesan untuk mengerat kan hubungan suami isteri.

• Bergurau-senda.
Bergurau senda ni tidak terhad di bilik tidur sahaja, jangan salah anggap yer. Macam buat memek muka ker, berlakon merajuk ke, buat aksi-aksi kelakar ker dan macam-macam la.

• Belai-belai rambut.
Sambil-sambil menonton tv tu, belai la rambut pasangan anda tu, tak pun kalau pasangan suka cari uban, so buat la…cari uban atau cabut rambut gatal.

• Cuci muka pasangan.
Bila tak ada buat apa tu, cuci la muka pasangan masing-masing, buang jerawat, bintik-bintik hitam/putih kat muka tu..kalau pasangan tak tahu kena ajar la…dan guna alat dan pencuci yang betul.

• Memotong kuku pasangan masing-masing.
Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda. Tiap-tiap bulan, luangkan sedikit masa untuk memotong kuku pasangan dan anak-anak.

• Mengurut badan dan menggaru.
Sedap nya kalau badan kita diurut setelah seharian bekerja. Aktiviti ini boleh dilakukan bila kita hendak tidur atau di masa menonton televisyen. Jangan isteri jer urut atau garu suami. Suami pun kena buat benda yang sama terhadap isteri.

• Mandi bersama.
Sebulan sekali cuba la luangkan masa untuk mandi bersama. Kat belakang badan kita ni, tangan tu ada yang tak sampai nak cuci, so mintak la tolong pasangan kita untuk gosokkan badan.

• Curi masa untuk buat aktiviti berdua-duaan.
Bila dah ada anak tu, cuba la curi-curi masa untuk buat aktiviti bersama seperti menonton wayang ker atau jalan-jalan cuci mata. Kita boleh ambil cuti sehari ker.
Semoga tips yang diberi ini dapat membantu anda semua dalam meningkatkan hubungan dengan pasangan masing-masing.

sumber

Thursday, June 28

open ur eyes and juz looking at me

Such a sweet picture i found for today. 
SoOo cute 
SoOo sweet

si Tutti Frutti........

pagi khamis yang nyaman serta keberkatan dari-Nya InsyaAllah dpt dirasai
dengan niat untuk berpuasa tetapi tidak kesampaian dek kerana anak yang haishh gigit kang
tiba-tiba teringatkan sesuatu yang sejuk dan sihat untuk dinikmati semula setelah sekian lame tidak menikmati (baru sebulan)
kesejukannya masih dirasai, ketebalan poket juga kian merosot tetapi nafsu nafsi yang menggelodak membuatkan aku nak jugak ke sana
haishh la yogurt aiskrim Tutti Frutti

nak pegi lunch nie la. nak jugak. nak jugak. :)

Wednesday, June 27

jauh dari sudut hati..

Aku cemburu dgn kebahagiaan keluarga lain jadi aku akan mencari lebih kebahagiaan untuk keluarga aku

Aku cemburu dgn kejayaan org dan aku akan usaha ke arah itu

      Aku cemburu dgn keimanan org maka aku akan berusaha menjadi lebih baik dari sekarang

        Aku cemburu dgn kecantikan seorang wanita tetapi aku lebih cemburu dgnseorang wanita yang tabah,   sabar, taat pd suami dan menjaga kehormatan sebagai wanita dan isteri

        Aku cemburu dgn kesabaran seseorang maka aku akan cuba lebih bersabar

          Aku cemburu dgn ketabahan para-para ibu dalam membesarkan anak-anak dgn penuh rasa kasih

            Tuesday, June 26

            nak bercuti tp en.suami??

            Uwwaaa..
            Aku terasa ingin bercuti lagi. Sekaligus memikirkan duit. Ade duit ke nak bercuti nie. Dan hubby, nak ke bercuti lagi? Terasa seakan telah tahu jawapan dari en. suami 'duit yg ade simpan la tuk emergency rafeeq tu'.. adehh.

            Dan tiba-tiba teringat seronok nye bercuti tanpa gangguan hari tu.

            Bukit Tinggi, Padang Pahang


            terus ke Cherating, Pahang


            nie aku bukan nak promote tp kenyataan. kalau pegi Cherating cube la pekena ikan bakar di Warung Awang Ikan Bakar (WAIB). Sedap. Murah. Berbaloi. korang nak pergi tak yah takut sesat sbb ade saintboard. Landmark nye depan ckit dari Club Med. Cume korang kene sabar sbb servis agak lambat tp tak la lambat sgt sampai korang nak angkat kaki dan blah.


            rase-rase nye lepas ke tak ek klu suggest kat en. suami nie. huahuahua

            Tuesday, June 5

            here we come......

               

            Date : 9 - 12 Jun 2012
            Location : Pahang Darul Makmur

            Moment paling gembira bile bersama keluarga. Syukur!
            will b update soon. InsyaAllah.


            disebalik angka 3

            Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
            • Waktu
            • Kata-Kata
            • Kesempatan   
            Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang
            •  Kemarahan
            • Keangkuhan
            • Dendam
            Ada 3 hal yang tidak boleh hilang
            • Harapan
            • Keikhlasan
            • Kejujuran 
            Ada 3 hal yang paling berharga
            • Kasih Sayang
            • Cinta
            • Kebaikan 
            Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
            • Kekayaan
            • Kejayaan
            • Mimpi 
            Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
            • Komitmen
            • Ketulusan
            • Fokus 
            Ada 3 hal yang membuat kita sukses
            • Tekad
            • Kemahuan
            • Fokus 
            Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
            • Rezeki
            • Umur
            • Jodoh 
            TAPI, ada 3 hal dalam hiudp yang PASTI
            • Tua
            • Sakit
            • Kematian 
            Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan aku. Amin!

            Monday, May 28

            Teambuilding HR Division

            just sharing =)

            Welcome!

            Transforangers Team

            Gunakan kertas menjadi k/terbang. ade ukuran die oke. nmpk je mudah tp tak semudah yg disangka

            Jom bertempur!!! 

            Yayy! kami menang. Yang dok peace2 tu aku la. Cabut batang flag bagai nak giler baru pengadil ckp flag sahaja!!!!! Arghhh... hampeh

            Selesai bertempur. Jom menjala. Bila dpt ikan even ikan hanya sebesar jari kelingking jerit bagai nampak ombak tsunami. Jakun.

            Aku rasa sgt pandai lepas main game nie. Serius! No reason at all!

            With our Pengarah Pekhidmatan Korporat and Consultance

            Date : 20 - 22 April 2012
            Location : Hotel Impian, Morib


            Thursday, May 24

            update - Himpunan Jutaan Belia Negara 2012

            Part of Hari Belia Negara event picture 
            Take a few time to check it out --->






             Sebahagian daripada oke. 
            Mane nak sempat lunch sejam plus kene rushing coz arini aku jd PA
            Esok aku nk pulun habis. Besar tempat die.
            Kiri kanan depan belakang ofis ade booth.
            Booth kerjaya pun ade bagi yang sedang membina kerjaya.


            DATANG LA BERAMAI-RAMAI!
            Terdapat bermacam-macam game!
            Excausted (@__@)

            *saya semakin bahagia (^__^)

            Allahyarhamah Norma..

            23 Mei 2012 

            Pagi yang suram. Seorang wanita yang sangat kuat bagi saya telah kembali ke Rahmatullah jam 1.00pagi. Iye, sy hanya mengikuti kisah beliau melalui blog kak moon dan terus mengikuti dari sehari ke sehari. Setiap kali kak moon update tiap itu la hati sy berdebar. Doa yang tidak putus tiap kali membaca update kisah Norma.

            Talib - si suami yang cukup penyabar, penyayang.. Ya Allah! sukar digambarkan betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh beliau. Semoga beliau tabah menghadapi segala ujian dan merelakan pemergian isteri beliau. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi Norma.

            Rafiq - anak kecil yang tidak mengerti apapun. Siapakah dia? Mengapa die menangis saat terlihat aku? huhh..
            Rafq sayang, itu lah mama kamu. Mama yang sgt sayang kan kamu dan sedang berusaha melawan segala kesakitan semata-mata untuk hidup bersama kamu, memeluk erat diri kamu, mencium dengan penuh rasa kasih tetapi segalanya tidak sempat dikecap kerana Tuhan lebih menyayangi mama kamu.

            To Talib and Rafiq and the whole of  Norma family members be strong and relakanlah pemergian arwah. Tuhan lebih menyayangi Norma dan sy mendoakan semoga roh dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin!

            Al-Fatihah. 

            (i'mcryingritenow)

            Monday, May 21

            featuring from inside

            mereka berkawan sejak dari dalam perut
            mereka pernah same-same tendang-menendang
            mereka juga pernah menemani saat ibu/mummy nye handle kursus dan mengalami saat clumsy
            mereka merasai kepenatan ibu/mummy nye menjalani saat-saat genting dlm menguruskan preparation ISO
            setelah lahir mereka juga dikatakan seperti sepupu dan kembar
            mereka adalah..

             
            Rafeeq Nazmi bin Ahmad Nazri dan Akmal Dhabit Hakim bin Luqman Hakim

            with love - Anna and Mira

            p/s: stop talking rubbish to both of them.. and plz stop perli-perli on fb like pengecut person =D

            Himpunan Jutaan Belia Negara Putrajaya

            monday blues everybody
            pagi-pagi isnin dah jem, stuck
            jalan banyak tutup
            khemah sana-sini
            pusing-pusing cari jalan nk masuk parking ofis dah mcm dlm game treasure hunt
            semua org terkejar-kejar untuk punch sebelum attendance menjadi merah

            sorry ye pic jauh sbb amek dari dlm kete meh dan korang jgn lakukan aksi merbahaya tu ye
            segalanya untuk Hari Belia Negara 2012 Himpunan Jutaan Belia Negara Putrajaya

            event start since 23 until 27 Mei 2012
            come and enjoy the event!





            Wednesday, May 16

            cuti-cuti Malaysia

            saya nak pergi bercuti
            i'm tired and need some rest to release all of stress
            help! help!


             ohh! pulau perhentian

            Wordless Wednesday - Happy Teachers Day!

            Your role as a leader is even more important than you might imagine. 
            You have the power to help people become winners.

            'HAPPY TEACHERS DAY TO ALL MY TEACHERS AND MY EX-TEACHERS'
            (*_*)

            Friday, May 11

            blessings and thankful


            To witness miracles unfold in your experience, count your blessings and be thankful. 
            Perceived small blessings accumulate to be the most powerful.

            hijab

            lu pikir la sendiri!

            setidaknye ade jugak bukti utk dakwa

            KUALA LUMPUR : “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

            Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

            Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

            Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

            “Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

            *dapat kat aku, aku humban die plak! stupid!

            masih lagi terbayang video tersebut, kesian si kecil tue.
            teringat kat anak ibu.

            Ya Allah! Kau lindungi lah si kecil yang tidak berdosa itu. Sesunguhnya, Kau la yang Maha Besar dan Maha Kaya dengan kasih sayang. Amin!

            Friday, May 4

            enjoy wif ur LIFE, LOVE ur couple, make a lots of FRIENDS

            LOVE starts with a SMILE , grows with a KISS , and ends with a TEAR.

            DON'T cry over anyone who won't cry over you.

            Good FRIENDS are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
            You can only go as far as you push.

            ACTIONS speak louder than words.

            The HARDEST thing to do is watch the one you love, love somebody else.

            DON'T let the past hold you back, you're missing the good stuff.

            LIFE'S SHORT. If you don't look around once in a while you might miss it.

            A BEST FRIEND is like a four leaf clover, HARD TO FIND and LUCKY TO HAVE.

            Some people make the world SPECIAL just by being in it.

            BEST FRIENDS are the siblings God forgot to give us.

            When it HURTS to look back, and you're SCARED to look ahead, you can look beside you and your BEST FRIEND will be there.

            TRUE FRIENDSHIP "NEVER" ENDS. Friends are FOREVER.

            Good friends are like STARS You don't always see them, but you know they are ALWAYS THERE.

            DON'T frown. You never know who is falling in love with your smile.

            What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry?
            Nobody is perfect until you fall in love with them.

            Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end.

            Most people walk in and out of your life, but only FRIENDS leave footprints in your heart.

            Remember, every minute spent angry is sixty seconds of happiness wasted.

            By: Ryan Prechel

            Romantika Scha + Awal

            Pre-Wedding Scha + Awal
            Konsep : Ala Pearl Harbour



            Tarikh Pernikahan : 4 Mei 2012
            Tempat : Pullman Hotel, Putrajaya

            *jgn lupa tgk pernikahan secara live di Astro RIA dan Astro Awani jam 9.00pm
            (aku da mcm reporter) hehe