Thursday, May 24

Allahyarhamah Norma..

23 Mei 2012 

Pagi yang suram. Seorang wanita yang sangat kuat bagi saya telah kembali ke Rahmatullah jam 1.00pagi. Iye, sy hanya mengikuti kisah beliau melalui blog kak moon dan terus mengikuti dari sehari ke sehari. Setiap kali kak moon update tiap itu la hati sy berdebar. Doa yang tidak putus tiap kali membaca update kisah Norma.

Talib - si suami yang cukup penyabar, penyayang.. Ya Allah! sukar digambarkan betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh beliau. Semoga beliau tabah menghadapi segala ujian dan merelakan pemergian isteri beliau. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi Norma.

Rafiq - anak kecil yang tidak mengerti apapun. Siapakah dia? Mengapa die menangis saat terlihat aku? huhh..
Rafq sayang, itu lah mama kamu. Mama yang sgt sayang kan kamu dan sedang berusaha melawan segala kesakitan semata-mata untuk hidup bersama kamu, memeluk erat diri kamu, mencium dengan penuh rasa kasih tetapi segalanya tidak sempat dikecap kerana Tuhan lebih menyayangi mama kamu.

To Talib and Rafiq and the whole of  Norma family members be strong and relakanlah pemergian arwah. Tuhan lebih menyayangi Norma dan sy mendoakan semoga roh dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin!

Al-Fatihah. 

(i'mcryingritenow)