Thursday, June 16

mampu menangis je..

menangis, menangis dan terus menangis, nie je la yg mampu aku wat klu aku stres yg amat sgt..
pagi-pagi lagi aku da di blame oleh org2 atas.. org len wat org len tanggung.. adil ke?? org laen punya arahan aku yg kene hadap.. btl ke cara tue?? sbb ape org wat camtu,, sbb aku nie sekadar kuli batak kat sini n sbb aku yang wat tindakan seterusnye tp atas arahan sape?? npe tak mrh or blame or luahkan ape yg sakit ati sgt tu kat org atas?? nape aku gak kene?? 

org hanye nmpk kesalahan aku sbb aku yg wat tindakan susulan so mmg sah sah la org blame aku tp bile aku ckp sume nie aku sekadar ikut arahan dan siap mention name tp nape trus aku yg kene? sdgkan sblm aku wat tindakan aku sendiri da bincang dan org yg sepatutnya b'tanggungjawab mmg still ngan arahan wlupun telah diberitahu ape mslh yang kan timbul.. tp npe slh aku gak? npe aku gak kene tanggung sume nie? org yg sepatutnye kene hentam duk senang lenang.. huh.. adil ke cm tue??

sgt terkilan klu nie trus jd.. ujian Allah kat aku tuk arini, sblm nie dan keje nie..
bile da jd camnie, teringat ayat sorg kwn ----> kalau la aku boleh berterus terang dan btau ape yang terbuku kat isi ati nie alangkah best nye.. lebih seronok lg klu aku jenis yang bersuara lantang.. huhu..

* terkilan yang amat sangat dengan keadaan nie..

Thursday, June 9

Mutiara Kata a.k.a Kata Hati

Psssss... hehe.. 
hello hello!!


sekadar ingin berkongsi dengan korang kerana kata- kata di bawah penenang jiwa dan memberi semangat..


jom bace!!

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. 
Kejayaan membawa kepada impian.

* Sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar, dan
bukannya hanya membenarkan kata-kata.

* Jika anda bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi sahabat
anda tersebut.


Wednesday, June 8

cemerlang, gemilang, terbilang

hye hye hye!!
td br tgk berita tv3, pelajar SPM 2010 yg mendapat 10A tdk m'dapat tmpt di Kolej Matrikulasi sbb pihak Kolej Matrikulasi t'paksa m'buat saringan iaitu dgn m'dpt 10A+ tuk 4 subjek iaitu mate, add mate, fizik n kimia barula ditempatkan di Kolej Matrikulasi..

waduuhh waduuhh.. korang blh bygkan tak betapa ramai nye bdk yg pndai2 skang..
klu dgn 10A pun susah nk jejak kaki ke Matrik ape lg yg dpt kurg dr itu.. 

klu dulu aku blaja btl2 msti jd lebih baik dr skang tp aku sgt yakin bahawasanye... chewaaahh
Gagal Sekali Bukan Bermakna Akan Gagal Selamanya!!

*anak ibu nnti blaja rajin2 ye..

Friday, June 3

bile anda stress.. ape anda lakukan??

 korang stress?? jom blaja cara atasi nye.. check it out ---->

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukanmental-excercise. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
 
10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa. 

ha da dpt so ape lg let's do it!!! caiyok.. caiyok...

maseh =)

Thursday, June 2

adakah aku...

tengah drive balik umah tetibe je aku t'pk sesuatu kelemahan dan mgkn itu aku..
jom bace ---->

  • adakah aku... nie seorg isteri yg baik dimata si suami..
  • adakah aku... seorg anak yg baik utk ibu bapa aku..
  • adakah aku... seorg wanita yg redha dan b'hati kental.. ermm korg rs cane ek..
  • adakah aku... tlh b'jaye.. (jika suday b'jaye tdk b'makne kte xblh mencari lg kejayaan kan..) =p
  • adakah aku... seorg yg garang.. uwaaa rmi yg ckp n kdg2 mmg ade btl nye.. hehe
  • adakah aku... sgt degil?? ha nie mmg btl pun..
  • tp nie yg aku plg b'tanda tanye.. adakah aku seorg yg disenangi oleh semua org yg berada disekeliling aku sbb SAYA ADALAH SEORG INSAN YG LEMAH DAN MUDAH MEMBUAT KESILAPAN..
errmm.. korg sure penah rs camnie kan, sbb kte nie bkn lah sempurna dan msti cube menjadi seorg yg sgt sempurna kan..

nasihat sy sbgi insan yg lemah juga, jgn t'lalu mengejar kesempurnaan krn baik buruk yg ade pd kte ada hikmahnye dan akn ade org yg akan menyempurnakannya..

tata =)


sAngguP ker???

hye ladieesss n sang isteri2 sume..
hehe.. pg2 arini aku da dok b'gosip psl saleh yaacob.. beristeri EMPAT sudayyy.. cukup suday kuota kamu ye en. saleh..

dok cite2 psl kehidupn saleh, rezeki die n kemampuan die. waaahhh byk nye duit die n murah nye rezeki yg Tuhan beri kpd die.. Syukuurrrr.. n cite la psl kesanggupan isteri2 saleh.. payung emas akan diperolehi apabila di akhirat kelak... InsyaAllah.

pastu lak tetibe ade sorg hamba Allah bg sokla kat aku.. Na, klu laki ko nk kawen lg satu ko bg x?? yg aku nie da t'cengang.. haaa apeee?? soal lg skali.. ape la korg nye soklan nie weeeiiii... adeehhh... haha.. aku pun dok la pk jap n at last aku jwb ntah la, benda tak jd lg la weeii... nnti kang skang aku ckp aku xbg tkt lak jd kann... dorg nie gelak jerk. hampeehh.. soklan agak maut tue weii..

yg dorg nie dok jw aku ok jerk tp dgn syarat yg mcm2... eleehh ye la tue, sanggup ke wei.. skang laki blik lmbt ckit jerk da dok pk lain, sms n call b'kali2 nie kan nnti balik tido b'gilir2.. wakakaka...

by the way, aku sgt tabik pd kesemua isteri2 saleh tue, sgt redha dan sgt menerima n sgt open... tahniah ye pd kamu berempat... jom check it out gmbr kawen saleh br2 nie.. ----->
alamak!! xleh nk post lak gmbr dorg nie nnti la k.. hehe