Wednesday, January 9

Penat isteri/ibu

Owh memang sangat la berhabuk ruangan aku... jap jap nak bersihkan dulu sebelum bercerita..
hehhh..berbulan jugak tidak mengepost sebarang entry diatas alasan MALAS. Memang suday dasar pemalas. (kasar bunyik).

Act, nak sharing about my life rite now. Ade suami dan seorang anak lelaki yg sdg membesar. Owh nak btau jugak perkahwinan yang br menjangkau 2thn dan anak yg telah berusia 1thn 3bln. Huhh beliau (anak) memang sdg lasak. Penat!

Penat! Yes the word can desribe everything bout me now. Malam tadi sdg asyik memasak sempat aku mengeluh sedikit. Ya Allah! penat la arini sementara fikiran aku merancang ape akn dibuat selepas memasak. Owh td dah angkat baju so the next trip baju kene basuh dan dalam mase same lipat baju. Owh nsb baik td sempat vakum rumah. Alamak! lauk tuk anak belum masak owh sebelum tido beg baju anak utk ke pengasuh esok then iron baju kerja aku tuk esok dan bla bla bla. Serius totally pack wei! Dan terus aku terpikirkan kepada arwah emak aku. Ya Allah! penatnye beliau dalam membesarkan kami 4 beradik plus beliau juga wanita bekerjaya. Dan korang boleh tak bayangkan kepada ibu-ibu yang punyai anak 5 6 orang dan umur mereka rapat-rapat dan mereka sedang lasak mengexplore dunia. Menyelerak segala barang di rumah. Segala makanan yang bertaburan. Belum lagi ade yang muntah dan perlu dibersihkan segera sementara kau juga sedang mengurus hal lain dan kau juga seorang ibu yang berkerjaya. Oh my God! Can u imagine? dan ade juga cabaran/dugaan lain dapat en.suami yang balik then 'Yang, buatkan air sambil menonton tv sementelah isteri beliau sdg bersinsing lengan menguruskan rumah' Wehh. Huhh.

But, Alhamdulillah aku miliki suami yang membantu. Sangat membantu kecuali bab memasak sebab en.suami sgt failed haha. Sori en.suami.

So, for the husband(s) out there, korang sangat perlu membantu isteri korang sebab mereka sebenarnya sgt penat dalam menguruskan kamu (suami & anak-anak) dan mereka jarang sgt mengeluh (tp aku ade gak mengeluh haha). Sebenarnya korang suami yang hebat dimata isteri/anak tetapi bertambah hebat jika korang melakukan kerja-kerja rumah bersama. Kan nanti akan lebih akrab. Harmoni dan satu family ade mase nak chit chat or bergurau akn lebih mesra gitu. Kann.

Sekian.

Petikan kegemaran:

  • When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses. By Joyce Brothers
  •  I don't care how poor a man is; if he has family, he's rich. By Dan Wilcox and Thad Mumford



Monday, November 5

my right as mother

Assalammualaikum..

Ape korang rase kalau korang as a mother tp korang diketepikan oleh orang lain?

Ape korang rase kalau everything dihandle oleh someone else sdgkan berhak utk mengetahui dan mengambil tahu?

A'ah arini aku rs mcm tue dan nie bukan sebab aku meroyan or poyo or aku sorang je yg pk mcm tue. Oke aku cube tuk berfikiran positif dan aku cube tuk tidak mengambil perkara itu sesuatu yg berat tp usaha aku gagal sbb aku btl2 rs aku bkn sepertimana aku dan kedudukan aku.

Perempuan mane yang suke melihat kedudukan kite as ibu diketepikan.

Rafeeq Nazmi anak aku dan aku berhak tau ape yg orang lain nk buat pd die & aku berhak utk mengatakan aku suke @ tidak.

Ya Allah! i need my mom :'(

Wednesday, October 10

sudah lama terbuku

Blog umpama diari kehidupan.
Dilaman inilah seseorang menceritakan atau meluahkan kegembiraan, pengalaman dan keperitan mengharungi kehidupan.
Dan aku akui aku adalah salah seorang daripada itu kerana kadang-kadang dengan penulisan aku dapat redakan jiwa aku, aku dapat luahkan segala masalah, aku kongsikan kegembiraan hidup.

Kehidupan memang tidak lari dari pelbagai ujian dan iye aku mengakui bahawa semakin byk ujian semakin membuat aku lebih matang dan mengenal erti kehidupan dan aku ambil ujian itu sebagai rencah kehidupan.

Usia telah menjangkau angka 26 dan ia bukan satu angka untuk aku sekadar bergembira atau berfoya-foya. Aku telah punya suami dan anak untuk aku jaga. Untuk aku beri perhatian sepenuhnya demi kebahagiaan aku. Keluarga aku. Kerana mereka adalah tunjang utama untuk aku terus tersenyum walaupun kadang kala aku sedang menahan rs pedih hati atau keperitan dalam banyak cubaan serta dalam aku mencari kebenaran.

Teman gembira senang dicari tetapi teman saat duka, saat jatuh nye aku hanya Tuhan yg tahu. Tetapi aku masih bersyukur kerana aku masih ade lagi sebahagian sahabat yg ada tatkala aku memerlukan mereka. Dan aku tidak hipokrit untuk mengatakan aku rindu moment bersama-sama teman. ntah dimana silapnya aku dalam berkawan dan dimana kurangnya aku dalam pergaulan. Aku hanya seorang manusia biasa yang terlalu byk kekurangan/kelemahan dan aku tidak menolak pandangan atau kritikan yg diberi kerana aku telah berusia 26tahun satu usia yg cukup matang untuk aku menerima segalanya.

Aku memohon maaf kepada semua dan aku telahpun memaafkan diatas segala nya yang berlaku. Aku seorang manusia yang sangat-sangat serba kekurangan, kelemahan serta kejahilan.


~TAMAT~




Monday, September 24

juz waiting..

Oktober!!
Ape yg best on dis october. Ngee..
Ade 2 peristiwa yg sgt penting berlaku on dis month..
Ape die tgu la nnti da masuk oktober baru cite.
Nak cite skang tak best sbb belum oktober even gaji bulan nie belum masuk. Haha
Tungguuuu....