Monday, November 5

my right as mother

Assalammualaikum..

Ape korang rase kalau korang as a mother tp korang diketepikan oleh orang lain?

Ape korang rase kalau everything dihandle oleh someone else sdgkan berhak utk mengetahui dan mengambil tahu?

A'ah arini aku rs mcm tue dan nie bukan sebab aku meroyan or poyo or aku sorang je yg pk mcm tue. Oke aku cube tuk berfikiran positif dan aku cube tuk tidak mengambil perkara itu sesuatu yg berat tp usaha aku gagal sbb aku btl2 rs aku bkn sepertimana aku dan kedudukan aku.

Perempuan mane yang suke melihat kedudukan kite as ibu diketepikan.

Rafeeq Nazmi anak aku dan aku berhak tau ape yg orang lain nk buat pd die & aku berhak utk mengatakan aku suke @ tidak.

Ya Allah! i need my mom :'(

Wednesday, October 10

sudah lama terbuku

Blog umpama diari kehidupan.
Dilaman inilah seseorang menceritakan atau meluahkan kegembiraan, pengalaman dan keperitan mengharungi kehidupan.
Dan aku akui aku adalah salah seorang daripada itu kerana kadang-kadang dengan penulisan aku dapat redakan jiwa aku, aku dapat luahkan segala masalah, aku kongsikan kegembiraan hidup.

Kehidupan memang tidak lari dari pelbagai ujian dan iye aku mengakui bahawa semakin byk ujian semakin membuat aku lebih matang dan mengenal erti kehidupan dan aku ambil ujian itu sebagai rencah kehidupan.

Usia telah menjangkau angka 26 dan ia bukan satu angka untuk aku sekadar bergembira atau berfoya-foya. Aku telah punya suami dan anak untuk aku jaga. Untuk aku beri perhatian sepenuhnya demi kebahagiaan aku. Keluarga aku. Kerana mereka adalah tunjang utama untuk aku terus tersenyum walaupun kadang kala aku sedang menahan rs pedih hati atau keperitan dalam banyak cubaan serta dalam aku mencari kebenaran.

Teman gembira senang dicari tetapi teman saat duka, saat jatuh nye aku hanya Tuhan yg tahu. Tetapi aku masih bersyukur kerana aku masih ade lagi sebahagian sahabat yg ada tatkala aku memerlukan mereka. Dan aku tidak hipokrit untuk mengatakan aku rindu moment bersama-sama teman. ntah dimana silapnya aku dalam berkawan dan dimana kurangnya aku dalam pergaulan. Aku hanya seorang manusia biasa yang terlalu byk kekurangan/kelemahan dan aku tidak menolak pandangan atau kritikan yg diberi kerana aku telah berusia 26tahun satu usia yg cukup matang untuk aku menerima segalanya.

Aku memohon maaf kepada semua dan aku telahpun memaafkan diatas segala nya yang berlaku. Aku seorang manusia yang sangat-sangat serba kekurangan, kelemahan serta kejahilan.


~TAMAT~




Monday, September 24

juz waiting..

Oktober!!
Ape yg best on dis october. Ngee..
Ade 2 peristiwa yg sgt penting berlaku on dis month..
Ape die tgu la nnti da masuk oktober baru cite.
Nak cite skang tak best sbb belum oktober even gaji bulan nie belum masuk. Haha
Tungguuuu....


Thursday, August 30

Lazies Ladies

Hye readers! (^_^)v
Da lame tak update blog. Lame sangat. Sangat lame. ngee (simptom org boring dan xde idea)

Sebenar nak cite hal raya tp sangat tidak rajin la. Dan sangat xde mood. So so and so bace org nye post je la. Senyum sorang-sorang. Feeling sorang-sorang. Sharing bahagia orang. Best la tu kan.

Skang mmg agak tak rajin. Idea lost! Rajin makaaaaaannnn jer skang. Open house sane sini. Kunyah kunyah dan terus kunyah sampai muntah. Tapi aku belum muntah. Rafeeq da. ngeh