Wednesday, October 10

sudah lama terbuku

Blog umpama diari kehidupan.
Dilaman inilah seseorang menceritakan atau meluahkan kegembiraan, pengalaman dan keperitan mengharungi kehidupan.
Dan aku akui aku adalah salah seorang daripada itu kerana kadang-kadang dengan penulisan aku dapat redakan jiwa aku, aku dapat luahkan segala masalah, aku kongsikan kegembiraan hidup.

Kehidupan memang tidak lari dari pelbagai ujian dan iye aku mengakui bahawa semakin byk ujian semakin membuat aku lebih matang dan mengenal erti kehidupan dan aku ambil ujian itu sebagai rencah kehidupan.

Usia telah menjangkau angka 26 dan ia bukan satu angka untuk aku sekadar bergembira atau berfoya-foya. Aku telah punya suami dan anak untuk aku jaga. Untuk aku beri perhatian sepenuhnya demi kebahagiaan aku. Keluarga aku. Kerana mereka adalah tunjang utama untuk aku terus tersenyum walaupun kadang kala aku sedang menahan rs pedih hati atau keperitan dalam banyak cubaan serta dalam aku mencari kebenaran.

Teman gembira senang dicari tetapi teman saat duka, saat jatuh nye aku hanya Tuhan yg tahu. Tetapi aku masih bersyukur kerana aku masih ade lagi sebahagian sahabat yg ada tatkala aku memerlukan mereka. Dan aku tidak hipokrit untuk mengatakan aku rindu moment bersama-sama teman. ntah dimana silapnya aku dalam berkawan dan dimana kurangnya aku dalam pergaulan. Aku hanya seorang manusia biasa yang terlalu byk kekurangan/kelemahan dan aku tidak menolak pandangan atau kritikan yg diberi kerana aku telah berusia 26tahun satu usia yg cukup matang untuk aku menerima segalanya.

Aku memohon maaf kepada semua dan aku telahpun memaafkan diatas segala nya yang berlaku. Aku seorang manusia yang sangat-sangat serba kekurangan, kelemahan serta kejahilan.


~TAMAT~




Monday, September 24

juz waiting..

Oktober!!
Ape yg best on dis october. Ngee..
Ade 2 peristiwa yg sgt penting berlaku on dis month..
Ape die tgu la nnti da masuk oktober baru cite.
Nak cite skang tak best sbb belum oktober even gaji bulan nie belum masuk. Haha
Tungguuuu....


Thursday, August 30

Lazies Ladies

Hye readers! (^_^)v
Da lame tak update blog. Lame sangat. Sangat lame. ngee (simptom org boring dan xde idea)

Sebenar nak cite hal raya tp sangat tidak rajin la. Dan sangat xde mood. So so and so bace org nye post je la. Senyum sorang-sorang. Feeling sorang-sorang. Sharing bahagia orang. Best la tu kan.

Skang mmg agak tak rajin. Idea lost! Rajin makaaaaaannnn jer skang. Open house sane sini. Kunyah kunyah dan terus kunyah sampai muntah. Tapi aku belum muntah. Rafeeq da. ngeh





Thursday, August 16

aidilfitri dengan...

Only juz 3 days more muslims will celebrate Aidilfitri tapi ermm ade tapi sebab aku masih tidak sihat.
Masih batuk dengan teruk. Batuk kering. 2 minggu berturut-turut. Siang malam. Malam tak dpt tdo sbb sentiasa batuk.
Badan da mule sakit2. Dada pun.
Air?? satu hari berliter-liter kot.
Ubat?? sampai habis.
Tapii masih batuk. Even my cough getting worse.

Aku baru balik dari klinik kesihatan. Amek ubat lagi. Antibiotik lagi. Tapi kali nie plus ngan vitamin C, da mcm bdn nie terlalu tua rasenya. 26 tahun. Mungkin gak kot.
Check paru-paru, tekak dan tekanan darah. Syukur masih lg normal.
Doktor ckp persekitaran dan cuaca sekarang mungkin punca batuk aku tak hilang-hilang. Plus antibodi aku mungkin lemah.

Agak-agak bile nak sembuh sepenuhnya ye.
Agak-agak dapat tak menikmati rase heaven nye hari raya tanpa batuk yg teruk.
Agak-agak mlm nie dpt tak tdo yg lena tanpa gangguan tekak yg sakit, gatal dan sering rs nk muntah selepas batuk.

Kesakitan itu penghapus dosa-dosa jadi aku perlu redha dan bertahan.
Iye, aku mesti kuat semangat dan melawan kesakitan. InsyaAllah.

nie la ubat aku kene telan

kalau dlm 2 minggu tak sihat gak aku kene g klinik balik tuk x-tray.
Ya Allah! Jauhkan la dari penyakit yg lebih serius.

~Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin~